Cabaran ibu bapa masa kini untuk mendidik dan membesarkan anak memang hebat. Mereka perlu berdepan perkembangan pesat teknologi canggih termasuk gajet yang banyak memberi pengaruh kepada pemikiran anak.

Perkara ini secara tidak langsung memaksa ibu bapa berfikir secara kreatif dan sentiasa menambah ilmu bagi merangka kaedah mendidik yang sentiasa berubah sesuai peredaran zaman.

Biarpun sibuk dengan tugasan harian, ia bukan alasan untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada sekolah, orang gaji atau pengasuh kerana peranan mereka sangat besar dalam perkembangan permata hati.

Read more »