Monthly Archives: February 2018

  1. Jom Masuk Giant!

    Berita Baik Untuk para Usahawan Semua! 

    Jika amaxMALL dapat menunjukan dan membantu setiap usahawan bagaimana cara mudah & cepat untuk memasarkan produk-produk melalui pasaraya Giant dan pasaraya tempatan yang lain,…adakah anda berminat?

    Selain dijual atas talian, pemilik produk jenama Aeno, Nazia Mustafar merupakan salah seorang dikalangan usahawan dari kumpulan pertama yang berjaya memasarkan produk secara offline di pasaraya Giant. - hanya melalui amaxMALL. 

    Usahawan Terpilih Puan Normi Ramli, mempromosikan produk dodol 'Opah Yang' di Hari Pembukaan Giant, Falim

    Ketua Eksekutif amaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim, berserta CEO GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Mr.Pierre-Olivier Deplanck & Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali bersama kumpulan pertama Usahawan Terpilih yang berjaya memasarkan produk mereka di pasaraya Giant.

    Read more »
  2. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. sempena pelancaran pembukaan Giant Falim.

    Kolaborasi diantara amaxMALL & GCH Retail (M). - Giant Hypermarket

    Sebuah platform e-dagang milik penuh rakyat Malaysia, amaxMALL akan membantu memasarkan produk jenama tempatan secara dalam dan luar talian - (online dan offline).

    Amaxmall, platform e-dagang, milik Asiaspace Sdn Bhd, memilih pasar raya Giant untuk memasarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara luar talian di peringkat permulaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim berkata, semua produk amaxMALL yang terdiri daripada makanan, kesihatan & kecantikan, fesyen, teknologi dan produk untuk ibu dan kanak-kanak, boleh dilihat dan dibeli dari laman sesawang www.amaxmall.com.

    Menurut beliau, berbeza dengan platform dalam talian yang lain, amaxMALL turut menyediakan peluang kepada pengusaha untuk menerokai dan memanfaatkan pasaran di pasaraya Giant.

    “Sebagai permulaan, produk 13 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) mula ditawarkan di pasaraya Giant Falim dan menjelang hujung bulan ini, produk mereka boleh didapati di 29 pasaraya Giant di Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. sempena pelancaran pembukaan Giant Falim di sini, hari ini.

    Pelancaran pasaraya Giant kelima di Ipoh dan ke 74 di seluruh Malaysia itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

    Read more »
  3. Majlis Pelancaran Pembukaan Giant Falim di Ipoh, Perak – Malaysia.

    Amaxmall Perluas Pasaran Produk IKS Secara Luar Talian

     

    Februari 9, 2018 - Pasaraya Besar Giant hari ini memperluaskan perniagaanya di Perak dengan membuka satu lagi cawangan di Falim, di sini.

    Ketua Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Pierre-Olivier Deplanck berkata, cawangan Giant kelima di negeri ini dibuka atas dasar keyakinan mereka terhadap perkembangan dan potensi ekonomi Perak yang berkembang baik.

    Katanya, salah satu elemen unik yang ditawarkan kepada pelanggan ialah ‘Citarasa Malaysia’ yang mana ianya merupakan ruangan penempatan produk-produk makanan tempatan. 

    Deplanck berkata secara tidak langsung ia turut mempromosikan barangan daripada industri perniagaan kecil dan sederhana (IKS) di dalam pasaraya berkeluasan lebih 100,000 kaki persegi ini.

    “Tidak hanya memperuntukan lebih 400 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan, malah kami begitu komited dalam memberi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Perak.

    “Pembekal sayur kami berada di Lembah Kinta, Jalong dan Menglembu. Q-Yin Marine dari Hutan Melintang pula merupakan pembekal sumber ikan pasaraya ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Giant Falim, dekat sini, pada Jumaat.

    Pada majlis berkenaan turut disaksikan acara menandatangani perjanjian persefahaman antara amaxMALL yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Datin Dr Nik Sarina Hasim dengan GCH Retail Malaysia.

    Read more »