Pada 31hb Julai 2018, Peniagawati telah mengadakan Sidang Media Malaysia Fashion & Business Mission to New York.

Buat julung kalinya amaxMALL telah menjadi penaja utama untuk "Malaysia Fashion & Business Mission to New York 2018" anjuran Peniagawati.

Sidang media ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang penganjuran misi dagangan ini, sekaligus memperkenalkan barisan para pereka fesyen, rakan-rakan strategik dan para penaja.

Peniagawati juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) dan Sarawak Tourism Board (STB) yang di dalam misi ini bagi membantu usahawan-usahawan dalam usaha untuk menerokai pasaran Amerika Syarikat.

Acara kemuncak dalam misi ini adalah Malaysia Day - Couture Fashion Week New York (“CFWNY”) yang berlangsung di Crowne Plaza Hotel Times Square, New York City, Amerika Syarikat pada 7 September 2018 yang menampilkan beberapa pereka fesyen terkenal dari Malaysia seperti Fazura, Vie Shantie, Erma Fatima, Fiziwoo, Rizman Ruzaini, Datin Sharifah Shawati dan lain-lain.

Read more »