amaxMALL telah mengadakan jualan merdeka sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 pada 1hb September dan 2hb September 2018.

Pelbagai tawaran menarik telah diadakan dan kami juga telah menjemput vendor vendor kami seperti Kak KM dan Abg Don atau dikenali ramai sebagai “Abang Gincu” untuk turun padang bagi memeriahkan lagi acara ini.

Selain itu vendor vendor amaxMALL turut terlibat dengan mengadakan promosi bagi produk produk mereka iaitu Norrich, Auntie Hazel Popcorn, Precious Pop Corn, Herbacin, Gramps, Nur Asia dan ramai lagi.

Orang ramai yang hadir turut mengambil peluang bergambar bersama Kak KM, rata rata mereka adalah peminat Kak KM yang sering mengikuti perkembangan beliau melalui media sosial.

Jualan Merdeka ini akan dijadikan acara tahunan amaxMALL sebagai usaha untuk memberikan khidmat terus kepada pelanggan seterusnya ia memberi peluang vendor untuk mempromosikan produk mereka.

Read more »