Monthly Archives: March 2019

  1. KARNIVAL KEUSAHAWANAN amaxMALL 2019

    Buat julung kalinya amaxMALL telah mengadakan Karnival Usahawan bertempat di Kg.Baru Air Panas Setapak. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa dan turut sama hadir  Datin Dr Nik Sarina Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL.

    Karnival Usahawan amaxMALL ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan program "Referral"' kepada orang ramai serta seluruh penduduk PPR Kg. Baru Air Panas, Setapak.

    Program ini diperkenalkan oleh pihak amaxMALL berdasarkan fakta bahawa terdapat pasaran yang besar dikalangan pembeli-pembeli luar sana untuk membeli secara terus dari penjual. Ia juga bertujuan membantu orang ramai untuk menjana pendapatan  sampingan dengan menjual produk-produk yang terdapat di amaxMALL.

    Seawal jam 8 pagi orang ramai terutamanya penduduk PPR Kg. Baru Air Panas telah berkumpul di perkarangan dataran.

    Acara pagi itu di meriahkan lagi dengan aktiviti senaman Zumba yang diketuai oleh penyanyi Aiman Samsul.

    Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang karnival yang bermula dari pukul lapan pagi sehingga pukul empat petang itu.

    Pada hari itu, kami juga memperkenalkan produk-produk usahawan yang dipilih untuk menyertai program ini dengan membuka booth jualan antaranya Jus Munira, Asianic, Aiman Rezal, Ve’ladid, Mak Mah, Nori, Skinkare, Elzha Kek Lapis, Avia, Susu Ilham dan Chai Gold. Pelbagai aktiviti turut diadakan sebagai aktiviti sokongan kepada program tersebut seperti demo masakan, food sampling, demo kecantikan dan cabutan bertuah.

    Karnival sehari itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang mana hadiah telah di taja oleh vendor- vendor yang terlibat.

    Turut memeriahkan lagi pada hari itu adalah acara perlawanan Futsal Persahabatan diantara FC Rangers Setiawangsa yang diketuai oleh YB Tuan Nik Nazmi dan terdapat juga pasukan Futsal PPR – KBAP FC dan Malaysian Artist Sports Club (MASC) yang menampilkan beberapa pelakon dan penyanyi terkenal seperti Fattah Amin, Syamel AF, Zahid AF, Syed Aiman, Yassin Senario, Mamak Putih, Fazrein Rafi dan Danny X Factor.

    Setelah beraksi di padang, acara diserikan lagi dengan “Meet & Greet Session” bersama peminat oleh artis- artis MASC. Rata- rata peminat juga mengambil kesempatan untuk membeli jersi serta mendapatkan tandatangan dari pasukan MASC.

    Antara yang menjadi tumpuan utama apabila Aiman Samsul naik ke pentas untuk menghiburkan pengunjung dengan menyumbangkan dua buah lagu rancak.

    Menjelang tengahari, Karnival Usahawan diteruskan lagi dengan taklimat untuk para Referral yang disampaikan oleh Ketua Jualan amaxMALL, Cik Ainordiana. Taklimat ini diberikan kepada mereka yang telah mendaftar terdahulu dan penekanan yang diberikan semasa taklimat adalah bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.. Ia juga membuka peluang kepada semua golongan diluar sana untuk menceburi bidang penjualan tanpa sebarang modal. Melalui Karnival ini, peserta  akan dapat memulakan perniagaan mereka dengan lebih berkesan atau belajar cara bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan betul.

    Seramai dua puluh lima orang peserta telah hadir bagi mendengar sesi taklimat pada hari itu. Melalui program ini, kami berharap peserta akan dapat meneroka peluang yang telah sedia ada.

    Read more »
  2. KEMPEN WATSONS #GETACTIVE ~ IOI CITY MALL

    Watsons kembali dengan kempen #GETACTIVE kali ini yang telah diadakan di pusat membeli belah IOI City Mall Putrajaya.

    amaxMALL sekali lagi telah diberi peluang untuk turut serta dalam menjayakan kempen ini.

    Rakan vendor kami seperti Norah Wax, Nu Skin, SkinKare, Norrich dan Herbacin juga telah bekerjasama untuk mempromosikan produk produk yang sedia ada dengan memberi diskaun yang menarik.

    Pelbagai aktiviti kecergasan dan program sampingan lain telah diadakan bagi mempromosikan kempen tersebut.

    Kempen yang berlangsung dari 2hb ke 6hb November 2018  ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pengunjung. Produk produk amaxMALL turut mendapat sokongan dari orang ramai, dengan mengadakan promosi ini amaxMALL berharap Watsons akan dapat meneruskan lagi pada masa yang akan datang dengan skala yang lebih besar lagi.

    Festival ini merupakan salah satu inisiatif daripada kempen kesihatan Watsons untuk terus menyokong gaya hidup sihat dalam kehidupan harian.

    Jangan lupa layari www.amaxmall.com dan untuk produk kecantikan dari amaxMALL sila layari Watsons online store untuk produk kecantikan dan dapatkan lebih banyak diskaun terhebat !

    Read more »