Program bworks oleh amaxMALL telah dilancarkan secara rasminya pada 28 Julai 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai salah satu usaha amaxMALL untuk memantapkan perniagaan usahawan tempatan, program bworks membolehkan usahawan mempunyai laman web tersendiri dengan harga yang amat berpatutan di mana amaxMALL akan mengendalikan laman web usahawan dengan pakej-pakej yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan usahawan. Program bworks ini telah dirasmikan oleh ahli parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri KPDNHEP YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan kehadiran wakil-wakil daripada SME Corp, Credit Guarantee Corporation dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad serta pihak media.

Read more »