Pada bulan November dan Disember 2019, Cik Ainordiana, Ketua Bahagian Jualan amaxMALL telah banyak merantau ke selatan, utara dan nun jauh hingga ke negeri di bawah bayu, Sabah. Tujuan? Memberi latihan kepada peserta-peserta daripada pelbagai koperasi di Malaysia yang ingin melebarkan sayap mereka dalam penghasilan produk-produk mereka sendiri. Siri latihan ini telah dibawa kepada koperasi-koperasi di Malaysia oleh koperasi apex iaitu ANGKASA. amaxMALL mengucapkan terima kasih kepada ANGKASA kerana mempunyai keyakinan terhadap amaxMALL untuk membawa produk-produk koperasi ke pasaraya-pasaraya Giant di Malaysia dan juga sebagai salah seorang tenaga pelatih untuk memantapkan lagi produk-produk koperasi tanahair.