Datin Dr. Nik Sarina Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL telah memberi ucapan di National Conference on Entrepreneurship (NICE 2019) di Shah Alam Convention Centre yang telah dikelolakan oleh UiTM. Tajuk ucapan ini adalah bagaimana amaxMALL boleh membawa usahawan mikro, kecil dan sederhana tempatan ke pasaran yang lebih besar melalui hypermarket dan rangkaian farmasi tempatan.