Halfest Giant 2018 yang telah diadakan pada 26hb September 2018 hingga 30hb September 2018 dianjurkan oleh pengendali pasar raya besar Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd bersama dengan Shapers Malaysia Sdn Bhd.

Halfest Giant 2018 yang berlangsung di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari orang ramai.

Ini merupakan tahun yang kedua amaxMALL menyertai acara Halfest 2018.

Lebih menarik lagi, menerusi Halfest Giant 2018 ini, para pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang murah dan berpatutan dari booth amaxMALL. Seramai 20 vendor dari amaxMALL yang terlibat seperti Le Factor, Avia Co, Norah Wax, Skinkare, Lovera, My Lesung, Slim Mee, Miss Miss, Serunding Haji Wan, Elzha Kek Lapis, Hazel Pop Corn dan ramai lagi.

Pada masa akan datang, amaxMALL berharap lebih ramai lagi vendor akan menyertai acara Halfest ini kerana secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan produk produk mereka dengan lebih dekat lagi kepada para pengunjung.