Cukup meriah suasana di Festival Watsons #GetActive 2018 yang telah diadakan di pekarangan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 27th October yang lalu.

Seawal jam 6 pagi warga kerja amaxMALL telah pun berada di sana untuk  turut sama menyertai acara ini dengan membuka gerai untuk mempromosikan produk produk dari vendor kami seperti Makayla, Lovera, Skinkare dan Modgear,

Tujuan amaxMALL menyertai acara ini ialah untuk mempromosikan amaxMALL serta produk produk kecantikan kami yang telah pun berada di atas talian membeli belah Watsons sekitar Oktober yang lalu.

Program bermula 6 pagi hingga 11 malam itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya penyediaan sajian sihat, tutorial mekap, dandanan rambut oleh pakar rambut serta aktiviti kecergasan sesuai dengan tema yang diadakan.

Kempen Watsons #GETACTIVE ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat rakyat Malaysia melalui latihan kecergasan yang menyeronokkan disamping mempromosikan Watsons sebagai tempat membeli-belah produk kesihatan dan kecantikan yang ideal.