Kolaborasi diantara amaxMALL & GCH Retail (M). - Giant Hypermarket

Sebuah platform e-dagang milik penuh rakyat Malaysia, amaxMALL akan membantu memasarkan produk jenama tempatan secara dalam dan luar talian - (online dan offline).

Amaxmall, platform e-dagang, milik Asiaspace Sdn Bhd, memilih pasar raya Giant untuk memasarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara luar talian di peringkat permulaan.

Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim berkata, semua produk amaxMALL yang terdiri daripada makanan, kesihatan & kecantikan, fesyen, teknologi dan produk untuk ibu dan kanak-kanak, boleh dilihat dan dibeli dari laman sesawang www.amaxmall.com.

Menurut beliau, berbeza dengan platform dalam talian yang lain, amaxMALL turut menyediakan peluang kepada pengusaha untuk menerokai dan memanfaatkan pasaran di pasaraya Giant.

“Sebagai permulaan, produk 13 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) mula ditawarkan di pasaraya Giant Falim dan menjelang hujung bulan ini, produk mereka boleh didapati di 29 pasaraya Giant di Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. sempena pelancaran pembukaan Giant Falim di sini, hari ini.

Pelancaran pasaraya Giant kelima di Ipoh dan ke 74 di seluruh Malaysia itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

Menurut Dr. Nik Sarina, pihaknya juga akan bekerjasama dengan GCH Retail Malaysia untuk meletakkan produk usahawan tempatan di pasaraya GCH yang lain seperti Jason dan Guardian Pharmacy.

Katanya, amaxMALL amat mementingkan ciri-ciri keselamatan dan kepentingan pengguna, sesuai dengan slogan mereka `mall yang dipercayai’.

“Semua pesanan yang masuk melalui amaxMALL adalah selamat, terjamin dan pelanggan pasti akan menerima pembelian mereka, jika tidak wang mereka akan dikembalikan,” ujarnya.  

MoU mengenai peletakan produk PKS di bawah jenama amaxMALL di rangkaian pasar raya GCH Retail itu ditandatangani oleh Nik Sarina mewakili amaxMALL manakala GCH Retail diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Pierre Olivier Deplanck.

We were also featured in :

Bernama

Suaraperak

The Star

hmetro

Utusan

Pressreader

Peraktoday

Emily2u

Sinchew

Enanyang