Majlis Perasmian amaxMall Pop Up Store telah diadakan pada 27hb Julai 2018 bertempat di tingkat bawah pejabat amaxMall.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif amaxMall Sdn Bhd, Datin Dr. Nik Sarina Hashim.

Selain daripada pembelian atas talian , amaxMALL kini memperkenalkan konsep Kedai Fizikal iaitu amaxMALL Pop Up Store di mana orang ramai boleh membeli produk secara terus di amaxMALL Pop Up Store.

Lebih menarik lagi, sempena dengan pembukaan kedai tersebut, amaxMall turut bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal seperti Maria Tunku Sabri, Sharifah Shahora, Kenchana Devi dan Faezah Elai dan Kak KM untuk turut memasarkan produk keluaran mereka.

Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati aktiviti membeli belah secara atas talian malah mereka juga boleh berkunjung ke kedai fizikal ini.