SACC Mall Wedding Fair yang telah diadakan pada 1 Oktober sehingga 18 Oktober 2018 di Atrium, SACC Mall telah berlangsung dengan meriahnya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di pentas utama sempena SACC Mall Wedding Fair 2018 yang telah dibawakan oleh Jedan Collections & SACC Mall.

amaxMALL turut sama menyertai acara ini dengan mempromosikan produk produk kecantikan dari beberapa vendor seperti ZV Beauty, Norah Wax, Skinkare, Norri dan Niqa Hijab Wash.

Selain daripada pameran butik pengantin yang boleh di lawati, terdapat juga aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Di antaranya, pertunjukan busana pengantin terkini, pertandingan seri pengantin, pertandingan solekan dari jurusolek pengantin, persembahan artis dan pelbagai lagi.

Turut hadir pada majlis perasmian pada hari itu ialah Pn Masdiana Muhamad (Isteri kepada YB Amirudin Shari Menteri Besar Selangor dan Datin Dr Nik Sarina Hashim CEO amaxMALL yang telah menyampaikan hadiah untuk Kategori Solekan Terbaik.