Amaxmall Sdn. Bhd. sekali lagi mengorak langkah ke hadapan demi membimbing para usahawannya yang berdaftar dalam program pembangunan usahawan. Bersama SIRIM (M) Bhd., amaxMALL telah menyediakan sessi latihan selama 2 hari bertajuk - Pemerkasaan Usahawanan melalui Teknologi Reka Bentuk Pembungkusan, Penjenamaan & Peningkatan Kualiti Produk.

Dari 2-3hb Mei, 2018 bertempat di Bengkel Biz Transformation SIRIM, Shah Alam, seramai 25 usahawan PKS yang berdaftar bersama amaxMALL telah menghadiri program khas tersebut. Matlamat program pada hari  pertama adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tentang inovasi produk, kepentingan penjenamaan, strategi penting dalam pembinaan jenama, komunikasi antara produk dengan pembungkusan pemasaran serta panduan dan pembungkusan undang-undang dibawah Akta Makanan 1983.

 Pada hari kedua, para usahawan didedahkan tentang strategi pemasaran secara efektif melengkapkan pembungkusan, panduan penyediaan harta intelek dan perlindungan cap dagangan, keperluan dan persedian produk untuk pemasaran pasaraya dan eksport yang sedia ada, perancangan perniagaan dan kewangan serta kepentingan komunikasi dalam perniagaan.

 Dengan pendaftaran bersama amaxMALL dan kerjasama SIRIM ini, amaxMALL telah dapat membantu memperkasakan produk usahawan tempatan. Pihak SIRIM ada menawarkan geran khas untuk usahawan yang menghadiri program sebegini dan secara tak langsung memberikan:          

  • Peserta bengkel peluang untuk memohon Geran Fraunhofer sebanyak RM50,000 oleh SIRIM. Untuk layak mendapat geran ini, setiap usahawan perlu membayar sendiri 20% dan 80% ditaja oleh SIRIM.
  • Peruntukan Geran Fraunhoffer SIRIM kepada setiap usahawan atau syarikat untuk meningkatkan & menambahbaikkan pembungkusan dan penjenamaan produk mereka. Pada tahun ini saja, hanya diperuntukan seramai maksimum 20 usahawan atau syarikat yang layak memohon. Usahawan digalakan untuk memohon seawalnya. Usahawan yang memohon awal, selalunya akan berjaya.
  • Bajet (RM50,000 untuk setiap syarikat). Ini adalah untuk tujuan perundingan dan rekabentuk produk & Kos Percetakan.

Kesimpulannya, gabungan amaxMALL bersama badan professional seperti SIRIM telah menjadikan semua proses perniagaan, penjenamaan, pembungkusan, pemasaran strategik dan bengkel latihan khas, sebagai satu kenyataan untuk semua usahawan PKS di bawah amaxMALL.  

Rata-rata, maklum balas dari semua yang hadir pada program yang telah diadakan, berasa amat bertuah kerana mendapat peluang dan maklumat yang terkini berkenaan teknik penjenamaan & pembungkusan produk dan juga cara memasuki pasaran hypermarket dan juga eksport.

Semua ini diuruskan oleh amaxMALL demi untuk memperkasakan barangan usahawan tempatan mereka.

Ayuh para usahawan semua, apalagi yang ditunggu!